Sunday 1 November 2015

Gajet
            Pada era globalisasi sekarang, penggunaan gajet sangat meluas. Setiap orang pasti memiliki sekurang- kurangnya satu jenis gajet. Gajet secara umumnya barangan teknologi seperti telefon pintar, komputer riba dan sebagainya yang digunakan dalam kehidupan seharian. Saya juga tidak terlepas dalam penggunaan gajet.
            Antara salah satu gajet yang saya gunakan ialah telefon pintar. Telefon tersebut berjenama Lenovo S60 berwarna perak. Harga telefon tersebut ialah RM600. Telefon tersebut merupakan hadiah daripada kawan saya semperna ulang tahun kelahiran saya yang ke-19 tahun. Ia merupakan gajet kesayangan saya dan amat bermakna bagi saya.



            Saya telah menambah asesori telefon tersebut dengan memasang sarung belakang telefon yang berharga RM10. Sarung tersebut berwarna merah jambu kerana saya amat meminati warna tersebut. Pada sarung belakang tersebut terukir gambar menara Paris yang amat cantik.
            Telefon ini mempunyai pelbagai application seperti WhatsApp, Youtube, Google dan sebagainya. Kelebihan telefon pintar ini ialah dapat menangkap rangkaian internet lebih kuat selain mempunyai kamera yang jelas. Telefon ini juga mempunyai ruang memori yang kuat. Sepanjang saya menggunakan telefon tersebut, saya hanya menggunakan memori telefon, bukan kad memori.
Namun begitu, telefon ini juga mempunyai kekurangan tersendiri. Antaranya ialah bateri cepat habis. Lebih-lebih lagi apabila menggunakan application Facebook mahu pun WhatsApp. Selain itu, gambar yang disimpan di dalam telefon juga sering hilang atau terpadam dengan sendirinya.
Walau bagaimana pun, telefon tersebut telah banyak membantu dan memudahkan urusan saya. Terutamanya untuk berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan. Selain daripada membantu apabila berada dalam kecemasan. Telefon tersebut juga banyak membantu saya dalam mencari maklumat di Internet kerana telefon ini boleh melayari Internet. Malah, saya juga menggunakan telefon tersebut untuk menyemak keputusan rayuan untuk ke Universiti.
Bukan itu sja, malah telefon tersebut juga dilengkapi GPS dan Google Map yang dapat membantu pengguna untuk mencari lokasi dan arah perjalanan yang ingin dituju. Saya juga pernah menggunakan GPS untuk menuju ke Universiti Utara Malaysia semasa hari pendaftaran saya sebagai mahasiswi di Universiti tersebut.
Apabila saya telah menyambung pelajaran di peringkat Universiti, saya juga banyak menggunakan telefon tersebut dalam kehidupan seharian saya. Hal ini kerana, dengan penggunaan telefon pintar tersebut saya dapat menyemak jadual dan kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah dengan menggunakan internet.
Telefon tersebut juga membantu saya untuk berhubung dengan rakan sekuliah saya dengan menggunakan application WhatsApp yang kini popular penggunaannya. Keadaan ini telah memudahkan urusan saya dalam menyiapkan tugasan berkumpulan. Walaupun tidak berjumpa secara bersemuka, penggunaan telefon pintar dan WhatsApp dapat menhubungkan kami menjadi satu kumpulan.

Setelah setahun saya menggunakannya,telefon tersebut telah mengalami kerosakkan. Telefon tersebut tidak dapat dihidupkan walaupun sudah berkali-kali saya mencuba. Apabila saya mengecas, aliran elektrik tidak masuk ke dalam telefon tersebut. Keadaan ini telah mendatangkan masalah kepada saya kerana saya menggunakan telefon tersebut untuk berkomunikasi dengan rakan sekelas saya.
PENGALAMAN DI UUM

            Pada tanggal 20/9/2015 saya telah mendaftarkan diri saya di Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai mahaisiwa buat pertama kalinya. Saya telah ditawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam.  Ayah, ibu dan Pak Tam telah menghantar saya ke UUM. Pagi tersebut kami telah bertolak dari rumah pada pukul tujuh pagi. Perjalanan mengambil masa selama empat jam. Sekitar jam 11 kami telah tiba di perkarangan UUM.
            Awalnya, di dalam surat tawaran menyatakan saya ditempatkan di Dewan Penginapan Pelajar  (DPP) SIME DARBY. Dalam perjalanan ke DPP SIME DARBY kami mengalami kesulitan kerana tidak tahu jalan dan lokasi DPP tersebut. Setelah puas mencari, akhirnya kami tiba di DDP SIME DARBY. Namun setelah tiba di DDP SIME DARBY saya dimaklumkan nama saya telah didaftarkan di DPP MAS. Kami kemudiannya bertolak ke DPP MAS pula.
            Setibanya di DPP MAS, suasana sangat meriah dengan kedatangan ibu bapa dan keluarga yang menghantar anak mereka. Namun saya terpaksa bergegas kerana saya tiba lewat daripada masa yang ditetapkan. Semasa mendaftar, saya berjumpa dengan kawan kampung saya yang kebetulan sama DPP dengan saya. Setelah habis mendaftar, saya diberi kunci bilik untuk meletakkan beg pakaian. Ayah, ibu dan Pak Tamn telah membantu saya untuk mengangkat beg tersebut.
            Bilik saya terletak di aras satu berhadapan dengan Cafe MAS. Di dalam bilik terdapat dua katil, almari, rak buku dan papan putih bersaiz sederhana. Semasa tibanya di dalam bilik, saya dapati rakan sebilik saya telah tiba lebih awal. Hal ini kerana di atas katil bersebelahan katil saya terdapat beg pakaian. Namun saya belum pasti siapa rakan sebilik saya kerana belum dapat berjumpa dengan dia.  Dengan keadaan tergesa-gesa saya meletakkan beg pakaian dan terus bergegas ke tempat pendaftaran. Setibanya disitu, saya dimaklumkan pelajar perlu menaiki bas untuk menuju ke DPP TM dan tidak lagi dapat berjumpa dengan keluarga. Saya terus mendapatkan ayah, ibu dan Pak Tam untuk bersalaman. Setelah selesai, saya segera menaiki bas yang disediakan.
            Setibanya di DPP TM kami ditelah didaftarkan mengikut kos yang ditawarkan. Setelah habis pendaftaran dan jamuan, kami pulang ke bilik masing-masing untuk rehat dn mengemas bilik. Pada malamnya kami telah dibawa sekali lagi ke DPP TM untuk menghadiri sesi mengangkat sumpah Akur Janji. Sepanjang program tersebut kami telah diberi penerangan mengenai UUM dan pengajian yang ditawarkan. Pada malam itu juga kami dimaklumkan esok hari kami akan hadir ke kelas.
            Setibanya di bilik, saya dapati rakan bilik saya sudah ada di dalam bilik. Setelah masuk, kami bersalaman dan saling berkenalan. Nama rakan sebilik saya ialah Aida Fathiah Binti Abdul Rahim berumur 20 tahun. Dia berasal daripada Jengka, Pahang. Dia mempunyai tiga adik beradik dan dia merupakan anak terakhir. Setelah berkenalan kami bersama-sama mengemas pakaian di dalam almari. Semasa kami mengemas, kami dapati lampu tengah di dalam bilik tidak berfungsi. Kami hanya bergantung kepada lampu meja sahaja. Kami bersepakat akan membuat aduan di pejabat pada keesokkan hari.
            Keesokkan harinya, pada jam 8.00 pagi saya telah bersiap-siap untuk ke kelas. Walaupun masih baru dan tidak tahu lokasi kelas, saya tetap berusaha untuk mencari cara untuk ke kelas iaitu dengan bertanya kepada pelajar-pelajar lain. Akhirnya saya berjaya juga sampai ke kelas. Jadual kelas saya agak padat kerana semester ini saya didaftarkan sebanyak enam subjek dan satu kelas toturial.
            Antara subjek yang telah saya ambil pada semester ini ialah Politik dan Pentadbiran, Asas Pentadbiran Awam, Pengantar Pengurusan, Kenegaraan, Hubungan Etnik dan Pengantar  Penulisan. Pada awalnya saya mengalami kesulitan dan kesukaran kerana saya telah ketinggalan kelas selama dua minggu kerana saya merupakan pelajar rayuan. Namun akhirnya sekarang saya dapat mengatasi masalah tersebut dengan bertanya kepada pensyarah dan kawan sekelas.
            Di UUM juga saya telah mendaftarkan diri dalam Kelab Futsal DPP MAS, Kelab Futsal Liga UUM dan Persatuan Silat Cekak Malaysia. Latihan Kelab Futsal DPP MAS diadakan pada setiap petang Sabtu. Kelab ini akan memasuki satu pertandingan futsal pada 20.10.2015 semperna hari SUKOM UUM. Isnin dan Khamis sehinggalah akhirnya hari SUKOM UUM. Manakala Kelab Futsal Liga UUM pula akan diadakan mengikut jadual perlawanan yang ditetapkan. Kelab ini pula akan memasuki satu pertandingan Liaga UUM yang akan diadakan pada 27.10.2015. Bagi Persatuan Silat Cekak Malaysia pula, latihan akan dijalankan pada malam Isnin dan Sabtu.
            Walaupun saya agak aktif dalam persatuan dan kelab. Saya tetap dapat membahagikan masa untuk membuat tugasan yang diberikan dan mengulang kaji pelarajan. Aktiviti yang saya libatkan juga diikuti oleh rakan sebilik saya. Dia berasal daripada Pahang dan berumur 20 tahun.
            Sepanjang saya berada di UUM, saya dapat belajar untuk berdikari. Terutamanya dalam menguruskan diri. Setiap hari kelas saya bermula pada pukul 8.30 pagi kecuali hari Khamis iaitu pada pukul 9.30 pagi. Saya perlu menghadiri kelas pada setiap hari daripada hari Ahad hingga hari Khamis. Kini saya sudah berada di UUM selama 1 bulan dan sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan rakan-rakan di UUM.
             

           

Pokok Bunga Raya
                Di Malaysia terdapat pelbagai jenis spesis pokok bunga yang dapat kita temui. Sama ada pokok bunga hiasa, mahupun pokok  bunga liar yang hidup di hutan. Namun begitu, saya lebih tertarik untuk mengkaji tentang spesis pokok bunga hiasa yang biasa di taman di kawasan rumah, iaitu pokok bunga Raya.
                Pokok Bunga Raya mempunyai keunikkan yang tersendiri. Bukan sahaja cantik, malah bunga ini juga telah menjadi bunga kebangsaan di Malaysia. Pokok Bunga Raya hanya terdapat dikawasan Asia Tenggara kerana pokok tersebut hidup dikawasan yang mempunyai panas dan hujan. Malaysia merupakan salah satu kawasan yang sesuai untuk tumbuhan tersebut kerana Malaysia terletak di garisan Kartulistiwa yang mempunyai taburan hujan yang mencukupi.
Pokok Bunga Raya mempunyai beberapa bahagian iaitu bunga, daun, batang dan akar. Kebiasaannya Bunga Raya mempunyai lima kelopak bunga. Tetapi, terdapat juga bunga Raya yang mempunyai lebih daripada lima kelopak bunga. Contohnya seperti gambar rajah 1 di bawah

        
Rajah satu menunjukkan gambar  Bunga Raya berkelopak lima dan Bunga Raya berkelopak lebih daripada lima
                Namun, dalam kajian saya, saya lebih menumpukan kepada pokok Bunga Raya berkelopak lima. Pokok Bunga raya jenis ini mempunyai keunikkan yang tersendiri. Selain daripada mempunyai lima kelopak, Bunga Raya jenis ini mempunyai satu sumbu ditengah-tengah kelopak bunga. Di mana dihujung sumbu tersebut terdapat dedebu berwarna kuning dan bercabang lima. Seperti mana yang ditunjukkan dirajah 2 dibawah.
                                                     

Rajah 2 menunjukkan gambar  sumbu pada Bunga Raya
               Selain daripada itu, Bunga Raya jenis ini juga mempunyai pelbagai jenis warna. Antaranya warna merah, kuning, putih, oren, merah jambu dan biru. Namun yang banyak dilihat di negara Malaysia ialah warna merah kerana Bunga Raya berwarna merah merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Oleh itu, Bunga Raya berwarna merah lebih gemar ditanam di kawasan perumahan dan di tempat-tempat awam.
 


Rajah 3 menunjukkan jenis warna Bunga Raya

                Selain daripada keunikkan warnanya, Bunga Raya juga mempunyai daun yang menarik. Daunnya berwarna hijau dan mempunyai bucu tajam ditepi daun tersebut. Daunnya juga terkenal dalam kalangan orang Melayu untuk mengurangkan panas ketika demam, daun Bunga Raya juga dipercayai dapat menghitamkan rambut.

               Pada bahagian batang pokok Bunga Raya pula terdapat banyak cabang dahan. Hal ini kerana pokok Bunga Raya hidup merimbun. Batang Pokok Bunga Raya berwarna koko kehijauan dan berair. Pokok Bunga Raya boleh ditanam melalui keratan batang pokok. Ketaran tersebut boleh ditanam terus atau direndam dahulu didalam air sehingga mengeluarkan akar sebelum ditanam.
                Bahagian terakhir Pokok Bunga Raya ialah bahagian akar. Akar pokok Bunga Raya ialah akar tunjang. Akar jenis ini menjalar dalam ke dasar tanam. Keadaan ini menyebabkan pokok Bunga Raya lebih kukuh kerana akarnya lebih kuat berbanding akar jenis serabut. Gambar rajah dibawah menunjukkan jenis akar Pokok Bunga Raya.

Rajah 5 menunjukkan akar Pokok Bunga Raya
                Kesimpulannnya, Pokok Bunga Raya mempunyai pelbagai keistimewaan dan kelebihan tersendiri. Sama ada dari khasiatnya mahupun kecantikkannya. Pokok Bunga Raya telah lama digunakan oleh orang dahulu untuk mengubati penyakit tertentu seperti demam dan sebagainya. Selain itu, bunga Raya telah dijadikan sebagai bunga kebangsaan negara Malaysia.


PENGENALAN DIRI
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Disini saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama diberi Siti Solehah Binti Zulkifli berumur 20 tahun.Saya telah dibesarkan di kampung ibu saya di Padang Serai, Kedah dan telah berpindah ke Kulim, Kedahpadausiaenamtahun. Saya merupakan anak tunggal didalam keluarga saya. Ayah saya bekerja sebagai mekanik motor di Lunas, Kedah manakala ibu saya suri rumah sepenuh masa.
Setiap orang mempunyai minat atau hobi yang tersendiri termasuklah saya.Hobi saya ialah membaca novel kerana novel dapat menghilangkan tekanan di samping untuk mengisi masa lapang. Satu lagi hobi saya ialah memasak. Saya suka mencuba memasakmasakan yang unik atau menarik dengan melayari internet ataupun majalah masakan. Dari segi warna kegemaran pula, saya meminati warna merah jambu. Hal ini kerana, warna tersebut melambangkan kelembutan dan sifat kewanitaan.
Setelah tamat persekolahan di S.M.K Sungai Kob, Karangan, Kedah, saya telah melanjutkan pelajaran di Tingkatan Enam di sekolah yang sama. Selepas tamat tempoh pengajian, saya telah bekerja di sebuah Kedai Motor di Kulim sebagai kerani. Saya bekerja sebagai kerani hampir Sembilan bulan dan kemudiannya telah berhenti kerana telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di Universiti Utara Malaysia (UUM). Di UUM, saya telah ditawarkan melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam.
UUM merupakan university yang terletak di utara Kedah iaitu di Sintok, Kedah berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thai. UUM mempunyai 3 buah Kolej yang ditawarkan iaitu College of Art and Sciences, College of  Business dan College of  Law, Goverment and International Studies. Dan saya merupakan pelajar dibawah Kolej College of Law, Goverment and International Studies. Di samping itu, UUM juga mempunyai 15 buah Dewan Penginapan Pelajar (DPP) iaitu DPP MAS, TENAGA NASIONAL, TRADEWINDS, PETRONAS, EON, SIME DARBY, MISC, TM, BSN, YAYASAN ALBUKKHARY, BANK MUAMALAT, MAYBANK, SME BANK dan BANK RAKYAT. Saya telah ditempatkan di DPP MAS.
Dengan tawaran yang diberikan ini, sayaberharapdanakanmencubauntukmengubah nasib keluarga saya. Hal ini kerana saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana.Wawasan hidup saya ialah untuk membalas jasa keluarga saya kerana telah banyak berkorban untuk saya. Terutamanya ayah dan ibu saya. Dan saya menjadikan ayah saya sebagai idola saya kerana walaupun dia seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), dia dapat menyara keluarga dan membesarkan saya dengan baik sehingga dapat melanjutkan pelajaran di peringkat yang tinggi seperti sekarang.