Sunday 1 November 2015

Pokok Bunga Raya
                Di Malaysia terdapat pelbagai jenis spesis pokok bunga yang dapat kita temui. Sama ada pokok bunga hiasa, mahupun pokok  bunga liar yang hidup di hutan. Namun begitu, saya lebih tertarik untuk mengkaji tentang spesis pokok bunga hiasa yang biasa di taman di kawasan rumah, iaitu pokok bunga Raya.
                Pokok Bunga Raya mempunyai keunikkan yang tersendiri. Bukan sahaja cantik, malah bunga ini juga telah menjadi bunga kebangsaan di Malaysia. Pokok Bunga Raya hanya terdapat dikawasan Asia Tenggara kerana pokok tersebut hidup dikawasan yang mempunyai panas dan hujan. Malaysia merupakan salah satu kawasan yang sesuai untuk tumbuhan tersebut kerana Malaysia terletak di garisan Kartulistiwa yang mempunyai taburan hujan yang mencukupi.
Pokok Bunga Raya mempunyai beberapa bahagian iaitu bunga, daun, batang dan akar. Kebiasaannya Bunga Raya mempunyai lima kelopak bunga. Tetapi, terdapat juga bunga Raya yang mempunyai lebih daripada lima kelopak bunga. Contohnya seperti gambar rajah 1 di bawah

        
Rajah satu menunjukkan gambar  Bunga Raya berkelopak lima dan Bunga Raya berkelopak lebih daripada lima
                Namun, dalam kajian saya, saya lebih menumpukan kepada pokok Bunga Raya berkelopak lima. Pokok Bunga raya jenis ini mempunyai keunikkan yang tersendiri. Selain daripada mempunyai lima kelopak, Bunga Raya jenis ini mempunyai satu sumbu ditengah-tengah kelopak bunga. Di mana dihujung sumbu tersebut terdapat dedebu berwarna kuning dan bercabang lima. Seperti mana yang ditunjukkan dirajah 2 dibawah.
                                                     

Rajah 2 menunjukkan gambar  sumbu pada Bunga Raya
               Selain daripada itu, Bunga Raya jenis ini juga mempunyai pelbagai jenis warna. Antaranya warna merah, kuning, putih, oren, merah jambu dan biru. Namun yang banyak dilihat di negara Malaysia ialah warna merah kerana Bunga Raya berwarna merah merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Oleh itu, Bunga Raya berwarna merah lebih gemar ditanam di kawasan perumahan dan di tempat-tempat awam.
 


Rajah 3 menunjukkan jenis warna Bunga Raya

                Selain daripada keunikkan warnanya, Bunga Raya juga mempunyai daun yang menarik. Daunnya berwarna hijau dan mempunyai bucu tajam ditepi daun tersebut. Daunnya juga terkenal dalam kalangan orang Melayu untuk mengurangkan panas ketika demam, daun Bunga Raya juga dipercayai dapat menghitamkan rambut.

               Pada bahagian batang pokok Bunga Raya pula terdapat banyak cabang dahan. Hal ini kerana pokok Bunga Raya hidup merimbun. Batang Pokok Bunga Raya berwarna koko kehijauan dan berair. Pokok Bunga Raya boleh ditanam melalui keratan batang pokok. Ketaran tersebut boleh ditanam terus atau direndam dahulu didalam air sehingga mengeluarkan akar sebelum ditanam.
                Bahagian terakhir Pokok Bunga Raya ialah bahagian akar. Akar pokok Bunga Raya ialah akar tunjang. Akar jenis ini menjalar dalam ke dasar tanam. Keadaan ini menyebabkan pokok Bunga Raya lebih kukuh kerana akarnya lebih kuat berbanding akar jenis serabut. Gambar rajah dibawah menunjukkan jenis akar Pokok Bunga Raya.

Rajah 5 menunjukkan akar Pokok Bunga Raya
                Kesimpulannnya, Pokok Bunga Raya mempunyai pelbagai keistimewaan dan kelebihan tersendiri. Sama ada dari khasiatnya mahupun kecantikkannya. Pokok Bunga Raya telah lama digunakan oleh orang dahulu untuk mengubati penyakit tertentu seperti demam dan sebagainya. Selain itu, bunga Raya telah dijadikan sebagai bunga kebangsaan negara Malaysia.


No comments:

Post a Comment