Gajet
Pada era globalisasi sekarang,
penggunaan gajet sangat meluas. Setiap orang pasti memiliki sekurang- kurangnya
satu jenis gajet. Gajet secara umumnya barangan teknologi seperti telefon
pintar, komputer riba dan sebagainya yang digunakan dalam kehidupan seharian.
Saya juga tidak terlepas dalam penggunaan gajet.
Antara salah satu gajet yang saya
gunakan ialah telefon pintar. Telefon tersebut berjenama Lenovo S60 berwarna
perak. Harga telefon tersebut ialah RM600. Telefon tersebut merupakan hadiah
daripada kawan saya semperna ulang tahun kelahiran saya yang ke-19 tahun. Ia
merupakan gajet kesayangan saya dan amat bermakna bagi saya.
Saya telah menambah asesori telefon
tersebut dengan memasang sarung belakang telefon yang berharga RM10. Sarung tersebut
berwarna merah jambu kerana saya amat meminati warna tersebut. Pada sarung
belakang tersebut terukir gambar menara Paris yang amat cantik.
Telefon ini mempunyai pelbagai
application seperti WhatsApp, Youtube, Google dan sebagainya. Kelebihan telefon
pintar ini ialah dapat menangkap rangkaian internet lebih kuat selain mempunyai
kamera yang jelas. Telefon ini juga mempunyai ruang memori yang kuat. Sepanjang
saya menggunakan telefon tersebut, saya hanya menggunakan memori telefon, bukan
kad memori.
Namun
begitu, telefon ini juga mempunyai kekurangan tersendiri. Antaranya ialah
bateri cepat habis. Lebih-lebih lagi apabila menggunakan application Facebook
mahu pun WhatsApp. Selain itu, gambar yang disimpan di dalam telefon juga
sering hilang atau terpadam dengan sendirinya.
Walau
bagaimana pun, telefon tersebut telah banyak membantu dan memudahkan urusan
saya. Terutamanya untuk berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan. Selain
daripada membantu apabila berada dalam kecemasan. Telefon tersebut juga banyak
membantu saya dalam mencari maklumat di Internet kerana telefon ini boleh
melayari Internet. Malah, saya juga menggunakan telefon tersebut untuk menyemak
keputusan rayuan untuk ke Universiti.
Bukan
itu sja, malah telefon tersebut juga dilengkapi GPS dan Google Map yang dapat
membantu pengguna untuk mencari lokasi dan arah perjalanan yang ingin dituju.
Saya juga pernah menggunakan GPS untuk menuju ke Universiti Utara Malaysia
semasa hari pendaftaran saya sebagai mahasiswi di Universiti tersebut.
Apabila
saya telah menyambung pelajaran di peringkat Universiti, saya juga banyak
menggunakan telefon tersebut dalam kehidupan seharian saya. Hal ini kerana,
dengan penggunaan telefon pintar tersebut saya dapat menyemak jadual dan kerja
kursus yang diberikan oleh pensyarah dengan menggunakan internet.
Telefon
tersebut juga membantu saya untuk berhubung dengan rakan sekuliah saya dengan
menggunakan application WhatsApp yang kini popular penggunaannya. Keadaan ini
telah memudahkan urusan saya dalam menyiapkan tugasan berkumpulan. Walaupun
tidak berjumpa secara bersemuka, penggunaan telefon pintar dan WhatsApp dapat
menhubungkan kami menjadi satu kumpulan.
Setelah
setahun saya menggunakannya,telefon tersebut telah mengalami kerosakkan.
Telefon tersebut tidak dapat dihidupkan walaupun sudah berkali-kali saya
mencuba. Apabila saya mengecas, aliran elektrik tidak masuk ke dalam telefon
tersebut. Keadaan ini telah mendatangkan masalah kepada saya kerana saya
menggunakan telefon tersebut untuk berkomunikasi dengan rakan sekelas saya.
No comments:
Post a Comment