Sunday, 1 November 2015

PENGALAMAN DI UUM

            Pada tanggal 20/9/2015 saya telah mendaftarkan diri saya di Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai mahaisiwa buat pertama kalinya. Saya telah ditawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam.  Ayah, ibu dan Pak Tam telah menghantar saya ke UUM. Pagi tersebut kami telah bertolak dari rumah pada pukul tujuh pagi. Perjalanan mengambil masa selama empat jam. Sekitar jam 11 kami telah tiba di perkarangan UUM.
            Awalnya, di dalam surat tawaran menyatakan saya ditempatkan di Dewan Penginapan Pelajar  (DPP) SIME DARBY. Dalam perjalanan ke DPP SIME DARBY kami mengalami kesulitan kerana tidak tahu jalan dan lokasi DPP tersebut. Setelah puas mencari, akhirnya kami tiba di DDP SIME DARBY. Namun setelah tiba di DDP SIME DARBY saya dimaklumkan nama saya telah didaftarkan di DPP MAS. Kami kemudiannya bertolak ke DPP MAS pula.
            Setibanya di DPP MAS, suasana sangat meriah dengan kedatangan ibu bapa dan keluarga yang menghantar anak mereka. Namun saya terpaksa bergegas kerana saya tiba lewat daripada masa yang ditetapkan. Semasa mendaftar, saya berjumpa dengan kawan kampung saya yang kebetulan sama DPP dengan saya. Setelah habis mendaftar, saya diberi kunci bilik untuk meletakkan beg pakaian. Ayah, ibu dan Pak Tamn telah membantu saya untuk mengangkat beg tersebut.
            Bilik saya terletak di aras satu berhadapan dengan Cafe MAS. Di dalam bilik terdapat dua katil, almari, rak buku dan papan putih bersaiz sederhana. Semasa tibanya di dalam bilik, saya dapati rakan sebilik saya telah tiba lebih awal. Hal ini kerana di atas katil bersebelahan katil saya terdapat beg pakaian. Namun saya belum pasti siapa rakan sebilik saya kerana belum dapat berjumpa dengan dia.  Dengan keadaan tergesa-gesa saya meletakkan beg pakaian dan terus bergegas ke tempat pendaftaran. Setibanya disitu, saya dimaklumkan pelajar perlu menaiki bas untuk menuju ke DPP TM dan tidak lagi dapat berjumpa dengan keluarga. Saya terus mendapatkan ayah, ibu dan Pak Tam untuk bersalaman. Setelah selesai, saya segera menaiki bas yang disediakan.
            Setibanya di DPP TM kami ditelah didaftarkan mengikut kos yang ditawarkan. Setelah habis pendaftaran dan jamuan, kami pulang ke bilik masing-masing untuk rehat dn mengemas bilik. Pada malamnya kami telah dibawa sekali lagi ke DPP TM untuk menghadiri sesi mengangkat sumpah Akur Janji. Sepanjang program tersebut kami telah diberi penerangan mengenai UUM dan pengajian yang ditawarkan. Pada malam itu juga kami dimaklumkan esok hari kami akan hadir ke kelas.
            Setibanya di bilik, saya dapati rakan bilik saya sudah ada di dalam bilik. Setelah masuk, kami bersalaman dan saling berkenalan. Nama rakan sebilik saya ialah Aida Fathiah Binti Abdul Rahim berumur 20 tahun. Dia berasal daripada Jengka, Pahang. Dia mempunyai tiga adik beradik dan dia merupakan anak terakhir. Setelah berkenalan kami bersama-sama mengemas pakaian di dalam almari. Semasa kami mengemas, kami dapati lampu tengah di dalam bilik tidak berfungsi. Kami hanya bergantung kepada lampu meja sahaja. Kami bersepakat akan membuat aduan di pejabat pada keesokkan hari.
            Keesokkan harinya, pada jam 8.00 pagi saya telah bersiap-siap untuk ke kelas. Walaupun masih baru dan tidak tahu lokasi kelas, saya tetap berusaha untuk mencari cara untuk ke kelas iaitu dengan bertanya kepada pelajar-pelajar lain. Akhirnya saya berjaya juga sampai ke kelas. Jadual kelas saya agak padat kerana semester ini saya didaftarkan sebanyak enam subjek dan satu kelas toturial.
            Antara subjek yang telah saya ambil pada semester ini ialah Politik dan Pentadbiran, Asas Pentadbiran Awam, Pengantar Pengurusan, Kenegaraan, Hubungan Etnik dan Pengantar  Penulisan. Pada awalnya saya mengalami kesulitan dan kesukaran kerana saya telah ketinggalan kelas selama dua minggu kerana saya merupakan pelajar rayuan. Namun akhirnya sekarang saya dapat mengatasi masalah tersebut dengan bertanya kepada pensyarah dan kawan sekelas.
            Di UUM juga saya telah mendaftarkan diri dalam Kelab Futsal DPP MAS, Kelab Futsal Liga UUM dan Persatuan Silat Cekak Malaysia. Latihan Kelab Futsal DPP MAS diadakan pada setiap petang Sabtu. Kelab ini akan memasuki satu pertandingan futsal pada 20.10.2015 semperna hari SUKOM UUM. Isnin dan Khamis sehinggalah akhirnya hari SUKOM UUM. Manakala Kelab Futsal Liga UUM pula akan diadakan mengikut jadual perlawanan yang ditetapkan. Kelab ini pula akan memasuki satu pertandingan Liaga UUM yang akan diadakan pada 27.10.2015. Bagi Persatuan Silat Cekak Malaysia pula, latihan akan dijalankan pada malam Isnin dan Sabtu.
            Walaupun saya agak aktif dalam persatuan dan kelab. Saya tetap dapat membahagikan masa untuk membuat tugasan yang diberikan dan mengulang kaji pelarajan. Aktiviti yang saya libatkan juga diikuti oleh rakan sebilik saya. Dia berasal daripada Pahang dan berumur 20 tahun.
            Sepanjang saya berada di UUM, saya dapat belajar untuk berdikari. Terutamanya dalam menguruskan diri. Setiap hari kelas saya bermula pada pukul 8.30 pagi kecuali hari Khamis iaitu pada pukul 9.30 pagi. Saya perlu menghadiri kelas pada setiap hari daripada hari Ahad hingga hari Khamis. Kini saya sudah berada di UUM selama 1 bulan dan sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan rakan-rakan di UUM.
             

           

1 comment:

  1. As salam sya nak tanya masa awk ambik course ni dkt rayuan ini adalah pilihan utama awk ke? Dn awk rayuan fasa berapa?

    ReplyDelete